Showing posts with label Minyak Morhabshi. Show all posts
Showing posts with label Minyak Morhabshi. Show all posts

Monday, February 1, 2010

Cinta Untuk Nabila


Meskipun demam rock sudah berlalu hampir 20 tahun namun lagu-lagunya masih lunak berkumandang di corong-corong radio.

Salah satu lagu yang pernah berada lama dalam carta Top 5 sekitar 1980an ialah lagu Cinta Untuk Nabila daripada kumpulan Melissa. Vokalisnya bernama Razzi.

Di manakah Razzi sekarang?

Razzi atau nama sebenarnya Mohd Razi bin Abdul Hamid ialah anak bongsu kepada Dr(H) Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas Minyak Morhabshi.

Beliau yang kini lebih dikenali sebagai Ustaz Razzi (ada juga yang menggelarnya 'Ustaz Rock') kini merupakan penceramah bebas dan motivator yang aktif di seluruh negara terutama di utara dan KL. Selain itu beliau juga aktif dalam jemaah tabligh. Kemampuan beliau menguasai bahasa Inggeris dan Arab memberi kelebihan pada beliau dalam berdakwah.

Beliau baru sahaja melancarkan album nasyid kontemporari berjudul 'Razzi: Keinsafan'.

Pada minggu hadapan, Ustaz Razi serta beberapa artis seangkatan beliau seperti Mel(wings), Mael(xpdc), dan Renggo(arrow) akan menemui pengunjung di Expo "PENANG HARMONI MUHIBBAH & BERINTEGRITI", bertempat di tapak expo Seberang Jaya, Pulau Pinang, bermula 1.2.2010 hingga 7.2.2010.

Sementara itu anda juga boleh mendapatkan terus Minyak Morhabshi yang dipamerkan dan dijual di expo tersebut yang diuruskan oleh Encik Harizal Hashim. Beliau adalah agen rasmi Minyak Morhabshi meliputi kawasan utara dan boleh dihubungi melalui 0147575585.

Sebagai putera kepada Ustaz Hamid, insya-Allah anda boleh mendapatkan 'nasihat dan bantuan' dalam masalah berkaitan rawatan alternatif daripada beliau yang dijadualkan membuat persembahan pada 6Feb 2010, di sebelah malam.

Selamat ke expo.

Saturday, January 23, 2010

pembedahan itu dibatalkan


Salam kepada semua pengunjung blog adik saya ini. Kali ini saya ingin berkongsi suatu pengalaman.

Ketika dalam perjalanan ke Muar semalam ibu mertua saya bercerita tentang jiran/rakannya yang dimasukkan ke hospital akibat terjatuh. Malang tidak berbau, malah dua orang mendapat kecederaan yang hampir sama dan pada masa yang hampir sama. Cuma tempat kejadian berbeza.

Itu hanya intro. Kita terus pada cerita yang nak saya kongsikan. Bukan mengenai jiran-jiran kami itu tetapi mengenai seorang pesakit lain yang ditemui dalam wad yang sama ketika melawat mereka beberapa hari lalu.

Pesakit tersebut baru selesai menjalani satu pembedahan. Namun di bahagian belakang tubuhnya tumbuh sejenis bisul tidak bermata. Keras. Doktor yang merawat bercadang untuk membedahnya.

Ertinya, beliau akan menjalani pembedahan kedua.

Maka jiran kami memberinya sebotol minyak Morhabshi dan disapu pada bengkak tersebut.

Alhamdulillah. Apabila doktor memeriksa pada keesokan hari, didapati bengkak itu sudah surut dan tidak keras lagi.

Happy ending story... Doktor memberitahu bahawa ia tidak perlu dibedah kerana sudah sembuh.

Alhamdulillah sekali lagi. Pesakit itu membeli beberapa botol lagi daripada ibu mertua saya untuk disimpan di masa akan datang.


foto hiasan:
Operation jpg
minyanville.com

Tuesday, January 19, 2010

misteri batu berjalan


"Batu berjalan di Death Valley Callifornia US sehingga 318 meter setahun memeningkan kepala saintis hingga kini."

Demikian rencana berita yang kebetulan saya temui dalam sebuah akhbar mingguan. Dalam buletin berkala yang lain saya temui kisah misteri berbeza yang berlaku di negara kita:

Seorang lelaki bernama Subadri Subaron di Batu Pahat menceritakan kepada Mingguan Media semua ahli keluarga beliau terkena santau. Beliau adalah satu-satunya yang terselamat.

Kedua-dua berita di atas nampak berbeza namun mempunyai satu persamaan iaitu 'kes misteri' yang gagal diungkap menggunakan metodologi sains dan tidak mampu diselesaikan dalam makmal saintis.

Adakah itu realiti atau khayalan?

Mudah sahaja. Kesakitan, kerisauan, masalah, dan kematian adalah realiti. Selain kematian, masalah-masalah tersebut perlu di atasi.

Maka masalah santau juga satu realiti. Ia benar-benar terjadi. Adakah muntah darah dan berak berdarah itu suatu khayalan hanya kerana doktor yang merawat mengatakan tiada penyakit tertentu yang dapat dikesan?

Selain daripada contoh di atas, banyak lagi peristiwa misteri yang berlaku di seluruh dunia.

Hingga kini sains masih belum mampu menghubungkan fakta kajian mereka dengan perbuatan sihir seperti 'vodoo'. Maka dari semasa ke semasa manusia menderita atau maut tanpa dapat dirawat menggunakan mekanisme yang sesuai.

Tanpa menafikan peranan dan sumbangan sains dalam membantu menyelamatkan manusia, perubatan alternatif mempunyai kaedah tersendiri dalam menyelesaikan masalah-masalah misteri. Sekurang-kurangnya sebagaimana kata orang tua-tua, 'tiada rotan akar berguna'.

Bahkan rawatan alternatif termasuklah yang dilakukan secara tradisional kadangkala bukan sekadar produk pengganti malah merupakan satu-satunya pilihan yang ada bagi kes-kes tertentu.

Justeru biarpun pelbagai kekangan yang kami hadapi namun saya tetap meneruskan usaha mengetengahkan minyak Morhabshi kepada khalayak masyarakat terutama orang Islam. Malah jika orang bukan Islam ingin mencuba kami tidak keberatan untuk membantu.

Tadi saya katakan berak dan muntah darah. Sudah tentu ia bukan semata-mata kerana santau. Buasir juga menyebabkan keluar darah daripada dubur. Begitu juga masalah usus lainnya.

Sudah tentu saya tidak dapat menjamin masalah anda akan selesai. Namun berdasarkan pengalaman lalu, sudah ramai yang berjaya mengatasi masalah mereka berbantukan minyak warisan nenda kami.

Selain itu anggap sahaja minyak Morhabshi sebagaimana yang saya catatkan tadi; 'tiada rotan akar berguna'. Ertinya, sambil anda berubat dengan orang lain atau kaedah lain, gunakanlah minyak Morhabshi.

Cuma RM5 sebotol. Bagi memudahkan urusan pengeposan, belilah mengikut pakej yang kami tawarkan. Anda bukan sahaja dapat menggunakannya malah dapat menjual atau menghadiahkan kepada rakan taulan. Jika anda memilih pakej 20 botol, harga sebotol cuma RM3 sahaja.


Foto:
death valley moving stone 16
gabriel_bisco... flickr.com